INVICTUS

I am master of my fate, I am captain of my soul (from a poem by William Ernest Hendley)
There is no chance, no destiny, no fate, that can circumvent or hinder or control the firm resolve of a determined soul ( quote by Ella Wheeler Wilcox)

Wednesday 23 November 2016

Merantau Ke Deli

(Third post in BM)

A compact novel, only 232 pages. A must read. 

Baru selesai membaca novel Merantau Ke Deli ini untuk kali ketiga. Novel Hamka ini pertama kali saya baca ketika saya dalam usia awal belasan tahun semasa belajar di STF Johor Bahru. Saya masih anak-anak lagi pada ketika itu, sama ada dalam Kelas Peralihan (Remove Class) atau Tingkatan Satu, sudah tak berapa ingat. Masa dalam Kelas Peralihan itu rasanya menghadapi masa yang berat. It was indeed a tough time. Kerana beralih ke dalam Bahasa Inggeris didalam semua mata pelajaran. Saya sebelumnya belajar disekolah kebangsaan semasa disekolah rendah. Bukan mudah juga menguasai Bahasa Inggeris. Bagaimana pun saya sangat beruntung kerana mempunyai ramai guru yang berdedikasi dan juga ramai kawan-kawan yang kompetitif untuk sama-sama menguasai Bahasa Inggeris. Semasa di Kelas Peralihan saya mengambil kesempatan membaca buku-buku Bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia yang ada di perpustakaan sekolah kerana pada masa itu belum selesa membaca dalam Bahasa Inggeris. Pada masa inilah saya mengenali penulis-penulis seperti A. Samad Said, Arena Wati, Pak Sako, Anas K. Hadimaya, Hamka, Nur Sutan Iskandar, Sutan Takdir Ali Shahbana, Keris Mas dll.

Novel ini meninggalkan banyak kesan mendalam kepada saya walau pun pada kali pertama saya membacanya pada usia 13-14 tahun. Terasa sedih sehingga menangis dan marah kerana wanita di eksploitasi dan ditindas. Adat digunakan digunakan adakalanya untuk memberi kepentingan kepada perempuan seperti dalam adat Perpatih Minangkabau. Tetapi adat itu juga digunakan untuk menindas wanita lain yang bukan dari golongan Minang. Ternyata budaya kedaerahan yang sangat kuat di Sumatera ketika itu. Mungkin masih kuat pengaruhnya hingga sekarang pun.  Dalam Merantau Ke Deli, Leman disarankan  menceraikan Poniem kerana Poniem orang Jawa, bukan dari kelompok Minang seperti Leman sendiri. Walau pun Poniem tidak bersalah, berbudi bahasa tinggi dan sangat baik orangnya. Bahkan Poniemlah yang sama-sama bekerja keras membantu Leman sehingga beliau menjadi kaya. Poniem diceraikan dengan talak tiga kerana dia bukan "orang awak". Dia dipandang rendah dan hina kerana bekas kuli kontrak yang berhijrah dari Pulau Jawa ke daerah Deli di utara pulau Sumatera, bekerja di ladang getah, tembakau atau teh. Kemiskinan dan pergantungan hidup kepada lelaki menyebabkan banyak perempuan dianiya. Berkali-kali Poniem ditipu, sehingga akhirnya beliau akur menjadi perempuan simpanan mandur diladang tempat dia bekerja. Pada pandangan saya, kehidupan pekerja ladang mungkin masih tidak banyak bezanya dengan keadaan sekarang.

Dalam novel ini jelas sekali Hamka mengkritik kepincangan yang dilihatnya wujud dalam pengamalan adat masyarakatnya. Merantau ke Deli penuh dengan kritikan sosial terhadap budaya Minang yang pada pandangan Hamka amat materialistik dan menyusahkan kepada pihak lelaki.

Adat orang Minang ketika itu, kalau merantau harus tidak lupa untuk kembali membawa harta pulang ke negeri sendiri untuk menambahkan harta suku masing-masing. Di negeri asalnya, juga perlu dibuatkan rumah untuk anak perempuannya dan dibelikan petak sawah untuk isteri, agar pergaulan sesama suami isteri menjadi tegap dan teguh.

Novel ini turut merakamkan suasana zaman ketika mana daerah Deli sedang berkembang akibat dari pembukaan onderneming kebun tembakau oleh Belanda. Ramai rakyat dari luar pulau Sumatera terjebak dengan janji pekerjaan yang senang akhirnya terperangkap dengan sistem poenale sanctie, akhirnya mendapati mereka dipaksa bekerja berat dan upah yang sedikit.

Karya ini pertama kali diterbitkan secara bersiri  dalam majalah Pedoman Masjarakat (1939-1940) dan dibukukan pada tahun 1941 oleh penerbit Cerdas Medan.

No comments:

Post a Comment